Friday, February 6, 2015
MANGO PANNA COTTA
MANGO PANNA COTTA
sumber dari : buku resipi 'Idea Hidangan Parti' oleh Chef Fazalina
tried by : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
10 gm gelatin
3 sudu makan air
2 cawan susu penuh krim
1/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 biji mangga masak ranum
Cara Penyediaan :
1. Kupas kulit mangga kemudian potong dadu. Satukan gelatin dan 3 sudu makan air di dalam gelas/mangkuk kecil. Biarkan gelatin kembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk kecil. Panaskan sehingga kelihatan buih-buih pada bahagian tepi periuk.
3. Tutup api dan alihkan periuk. Masukkan esen vanilla dan gelatin ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga gelatin larut.
4. Masukkan mangga yang dipotong dadu ke dalam campuran susu dan gelatin tadi.
5. Kemudian tuangkan ke dalam acuan atau gelas-gelas kecil. Simpankan di dalam peti sejuk supaya ia sejuk dan membeku.
Labels:
Minuman/Jus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment