Friday, February 6, 2015
EPAL OAT STREUSEL BAKAR
EPAL OAT STREUSEL BAKAR
Majalah Sedap Mei 2013
tried by : zaralovebaking (delicious & yummy)...
Bahan-bahan :
300 gm epal hijau, dipotong dadu
1 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu makan mentega tawar, dicairkan
1 sudu teh parutan kulit lemon
2 sudu teh air perahan lemon
Bahan taburan : (kacau berbutir)
75 gm mentega tawar sejuk
2 sudu makan gula aising
50 gm tepung gandum
25 gm serbuk badam
30 gm oat
Cara Membuat :
1. Kacau rata epal, gula merah, serbuk kayu manis, mentega tawar, kulit lemon dan air perahan lemon.
2. Tuangkan ke dalam cawan aluminium empat segi/bulat yang disapu nipis marjerin.
3. Taburkan bahan taburan di atasnya.
4. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 170'C selama 20 minit sehingga masak.
(Anggaran : 6 cawan)
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment