Satu kelainan dan sangat sedap..digemari oleh kanak-kanak...
OMELET MAKARONI & SAYURAN
rujukan dari : Majalah Sedap Ogos 2014
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
6 biji telur
1 sudu teh garam
75 ml krim pekat (saya guna susu segar)
25 gm makaroni kecil - rebus
50 gm keju cheddar - parut
50 gm cendawan butang - hiris halus
25 gm kacang pis
50 gm lobak merah - parut
50 gm brokoli - rebus dan cincang kasar
100 gm ayam cincang
2 sudu makan mentega tawar untuk memanggang
Bahan Pelengkap :
100 gm sos tomato
Cara Membuat :
1. Pukul ringan telur, garam dan krim pekat.
2. Masukkan makaroni, keju, cendawan, kacang pis, lobak merah, brokoli dan ayam cincang. Kacau rata.
3. Panaskan mentega hingga panas. Tuangkan campuran di atas kuali rata persegi, tutup kuali. Terbalikkan telur, biarkan sehingga masak. (Saya guna kuali pemanggang ajaib).
4. Potong menjadi 3 bahagian. Hidangkan bersama pelengkap (sos tomato)...
No comments:
Post a Comment