Gambar yang cantik ni, diambil oleh cucu sulung ku@Arfan Naiman berusia 7 tahun menggunakan kamera antik ku...
RESEPI CEKODOK PISANG
sumber : daridapur.com
Bahan-Bahan :
10 biji pisang berangan@emas bersaiz sederhana yang masak ranum
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda@soda bikarbonate
1/3 sudu teh garam halus
Sedikit air, jika perlu
Minyak masak secukupnya ~ untuk gorengan
Cara-Cara :
1. Pisang yang masak ranum dilecek sehingga lumat dengan manual. Hasilnya akan dapat adunan cair pisang. Tambahkan semua bahan seperti 2 jenis tepung, garam, gula, baking powder dan baking soda.
2. Gaul sebati semua dan biarkan adunan cekodok sedang-sedang sahaja. Tidak perlu tambah air. Ikut pada kepekatan bancuhan adunan. Sambil itu panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Tujuan guna minyak banyak untuk hasilkan cekodok bersaiz cantik bulat-bulat. Bila minyak dah panas, bolehlah masukkan adunan cekodok menggunakan sudu atau menjemput-jemput dengan hujung jari. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama kopi o atau teh panas...
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q