Tuesday, August 4, 2020
SOSEJ "MADU" TIGA RASA
SOSEJ "MADU" TIGA RASA
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
3-5 batang sosej ayam ~ hiris menyerong sederhana tebal
1/4 biji red capsicum ~ potong dadu (me : guna lada merah)
1/4 biji yellow capsicum ~ potong dadu (tak letak)
1/4 biji green capsicum ~ potong dadu (me : guna lada hijau)
1 biji bawang besar ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 batang leek ~ kerat & rendam
6 biji cili padi merah thai ~ diketuk (tak letak)
1 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar sos cili *
1 sudu besar sos tomato *
1 sudu besar madu * ( * disatukan & gaul rata )
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu. Masukkan cili padi dan leek (toskan airnya), kacau rata. Masukkan sosej dan goreng sekejap. Tuangkan bancuhan sos (*), gaul rata dan masak sehingga pekat.
2. Masukkan semua capsicum dan masak sehingga capsicum lembut dan kuah pekat. Sesuaikan rasa dan matikan api dapur. Alihkan ke dalam bekas yang sesuai dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment