AMERICAN PANCAKE
rujukan : yatiememories; (lembut & gebu)...
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon)
1/2 cawan gula kastor (saya guna dalam 4 sudu besar jer)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1/2 cawan minyak jagung/minyak masa (saya guna 5 sudu besar jer)
Cara-Cara :
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau rata/sebati.
2. Rehatkan adunan selama 20 minit. Panaskan kuali non-stick pan dengan api perlahan.
3. Tuangkan adunan dan biarkan sebentar (tutup kuali sebentar). Bila pancake dan mula kelihatan berlubang-lubang dan agak kekuningan dibahagian bawah, terbalikkan dan masak sehingga kuning keemasan. Angkat. Hidangkan dengan syrup, butter atau buah-buahan segar...
** Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dengan menggunakan non-stick pan, guna api perlahan dan tidak perlu sapu butter/minyak pada pan.
*** Buttermilk : Untuk membuat buttermilk, susu segar + jus lemon dicampur, kacau sebati dan rehatkan 10 minit baru digunakan...
No comments:
Post a Comment