KUIH AKOK KEDUT ASLI &
AKOK KEDUT PANDAN
rujukan : FB/Resipi Sedap
Sumber Resipi : Wan Noriza@Cik Gu Wan
Bahan A :
150 gm gula Melaka ~ dihiris halus
3 helai daun pandan ~ disimpul
100 ml air ~ boleh gantikan dengan 100 ml air kelapa
Bahan B : (di blender)
5 biji telur gred A (jika guna gred B, 6 biji)
30 gm tepung gandum
200 ml pati santan (atau santan kotak)
1/2 sudu teh garam halus
** saya tambah 4 helai daun pandan yang dipotong kecil...ia menjadikan kuih akok lebih harum dan tiada bau hanyir telur.
NOTA : Untuk Kuih Akok Pandan, saya tukar gula Melaka kepada gula halus@gula kastor 150 gm..cara masak adalah sama seperti di bawah. Boleh tambah sedikit pewarna hijau, jika suka...
Cara-Cara :
1. Masak air bersama gula Melaka dan daun pandan. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan suam sebentar.
2. Masukkan santan, telur, tepung gandum dan garam halus ke dalam blender. Blender sehingga rata dan tapiskan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan air gula Melaka tadi (tapis dahulu). Kacau sehingga semua sebati.
3. Adunan akan berbuih, mesti keluarkan buih tadi jika tidak kuih akok tidak akan berkedut cantik.
4. Panaskan oven pada suhu 180'C atau 200'C.
5. Sapukan sedikit minyak ke dalam setiap lubang acuan muffin. Tuangkan adunan akok separuh penuh.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 11 minit (jika suhu 200'C selama 20 minit) sehingga masak sepenuhnya.
7. Kuih Akok akan menggelembung macam belon ketika dibakar dan bila dikeluarkan dari oven ia akan mengecut dan berkedut...
No comments:
Post a Comment