Tuesday, August 1, 2017
SUP BEBOLA DAGING...
SUP BEBOLA DAGING
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
3 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 inci halia ~ di ketuk sedikit
1 bungkus sup bunjut ADABI
Sebungkus bebola daging ~ keluaran Ramly atau ikut jenama pilihan
Air secukupnya
1 kiub pati daging/ayam atau ikan bilis
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong
2 biji ubi kentang ~ dipotong
Sedikit hirisan daun bawang & daun sup
Bawang goreng secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air secukupnya dan sup bunjut, kacau hingga mesra.
2. Seterusnya masukkan bebola daging, lobak merah dan ubi kentang. Renihkan hingga mendidih hingga sayur-sayuran lembut dan masukkan kiub daging atau ayam.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan menabur daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment