Saturday, August 26, 2017
SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS...
SAMBAL KENTANG CAMPUR
IKAN BILIS
rujukan : resepinannie.blogspot.my
Bahan-Bahan :
4 biji ubi kentang yang besar
1 cawan ikan bilis
2 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
3 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas sehingga kembang
4 biji cili merah
4 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Ubi kentang dikupas kulitnya serta dipotong ikut suka. Rebus cili kering atau rendamkan di dalam air mendidih sehingga kembang (toskan airnya). Kisarkan kesemua bahan kisar halus dan ketepikan.
2. Basuh ikan bilis dan toskan kemudian bolehlah digoreng ikan bilis sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut, toskan dan ketepikan dulu.
3. Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan gula, air asam jawa dan kacau. Biarkan cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
4. Bila sambah sudah masak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis membulat dan kacau sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam secukup rasa, teruskan kacau sehingga sebati/mesra. Kacau sambal dalam 1-2 minit dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment