KEK PISANG

Sunday, August 20, 2017

CUCUR UDANG GERAGAU...









CUCUR UDANG GERAGAU
rujukan :    secubitgaramnor67 & tiffinbiru...




Bahan-Bahan :

70  gm  udang geragau kering
1  biji  bawang besar  ~  didadu
1  biji  kentang  ~  didadu kecil-kecil
1  biji  cili hijau  ~  dihiris halus
1  biji  cili merah  ~  dihiris halus
3  tangkai  daun sup  ~  dihiris
3/4  sudu teh  garam
1  sudu teh  baking powder
2  cawan  tepung gandum
1 3/4  cawan  air suam 
1/2  batang  lobak merah  ~  disagat kasar
1  biji  telur gred A/B  (saya guna gred A)


Cara-Cara :

1.  Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam sekali lagi dengan air yang baru.  Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir-pasir halus, jadi bila direndam, pasir dia jatuh ke bawah.

2.  Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau dan merah, daun sup, kentang dan garam.  Gaul rata.

3.  Masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau rata dan tuangkan air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di "jemput" dengan tangan untuk membuat cekodok.

4.  Goreng di dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi.  Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letakkan di atas paper towel.  Hidangkan bersama sos cili atau ikut citarasa...

No comments:

Post a Comment