KEK PISANG GEBU & LEMBAP
rujukan : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
5 biji pisang emas ~ lecek
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A/B
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan Lain :
1 sudu besar jus limau nipis (jika suka)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser mentega pada acuan loaf pan, alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga putih. Masukkan pisang lecek dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanilla, jus limau nipis (jika guna) dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
No comments:
Post a Comment