KEK PISANG

Saturday, August 26, 2017

TUMIS SUHUN PETOLA...









TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan :    RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

250  gm  petola  (anggaran 1 batang saiz sederhana panjang)  ~  buang kulit ari & hiris bulat
100  gm  suhun  ~  direndam hingga lembut  (anggaran 1 paket kecil)
1  sudu teh  udang kering
3  biji  bawang merah  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2cm  halia muda  ~  dihiris
1  sudu teh  serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2.  Masukkan air secukupnya dan biarkan mereneh/mendidih.
3.  Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4.  Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5.  Selepas dua atau tiga minit, tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas...

No comments:

Post a Comment