KEK PISANG

Monday, August 21, 2017

AYAM GORENG KUNYIT SIMPLE...









RESIPI AYAM GORENG KUNYIT SIMPLE
rujukan :    blogopsi.com




Bahan-Bahan :

300  gm  ayam  ~  bahagian dada
2  ulas  bawang putih  ~  hiris nipis
2  senduk  minyak masak
4  batang  kacang panjang  ~  potong 2 inci  (tak letak)
1  biji  bawang merah  ~  hiris nipis
1  biji  cili merah  ~  hiris nipis  (tak letak ganti dengan cili flakes)
1  sudu kecil  serbuk kunyit
1  biji  bawang besar  ~  hiris nipis
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Potong dada ayam pada kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Perap selama lebih kurang 5 minit.

2.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam di atas api besar, kacau-kacau kerap supaya tidak hangus dan keras.  Selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih dan teruskan mengacau.

3.  Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili merah.  Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.  Kacau-kacau selama 1 minit sehingga mesra dan sebati.  Angkat dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment