BISKUT SAMPERIT SUSU
PERISA PANDAN
rujukan : ruzitakitchen...
Bahan-Bahan :
200 gm susu pekat manis
400 gm tepung jagung
25 gm tepung gandum (saya tambah)
200 gm mentega (jika guna mentega berkualiti lagi sedap)
1 sudu teh pandan emulco (saya tambah)
Sedikit pewarna hijau (saya tambah)
Cara-Cara :
1. Pukul susu pekat manis dan mentega sekadar sebati sahaja. (Saya guna senduk kayu).
2. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau secukupnya, gaul sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut. (Jangan terlampau keras nanti tidak terdaya nak menekan).
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan samperit dan tekankan ke atas dulang pembakar. Hiaskan dengan potongan ceri merah sebagai hiasan atau sebarang hiasan yang digemari.
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga kelihatan keperangan dikelililing/dibawah biskut...
No comments:
Post a Comment