KUIH LOMPANG
rujukan : resepicitarasawan...
Bahan A :
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Bahan B :
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose
1 sudu teh air kapur
Bahan C :
1/2 biji kelapa parut putih *
sedikit garam * (* Gaulkan & kukus sebentar )
Cara-Cara :
1. Masak bahan A sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul sehingga rata, kemudian ditapis.
3. Celupkan jari di dalam adunan, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5. Jika mahukan lompang berwarna-warni, asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan dengan pewarna pilihan pada setiap bahagian adunan tadi.
6. Setelah masak, biarkan sejuk dan keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam...
No comments:
Post a Comment