KEK PISANG

Monday, August 21, 2017

KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP...











KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP
rujukan :    FB/MAHN@ Noy Yullan




Bahan Karamel :

2  cawan  gula pasir
3  sudu besar  mentega
2  cawan  air panas


Bahan Ayak :

2  cawan  tepung gandum
2  sudu teh  soda bikarbonat
1  sudu teh  baking powder


Bahan Blend/Kisar :

7  biji  telur gred A
2  sudu teh  esen vanilla
1  cawan  susu pekat manis


Cara-Cara :

1.  Masak gula pasir di atas api perlahan sehingga menjadi karamel dan semua gula larut.

2.  Masukkan mentega, kacau rata.

3.  Masukkan air panas sedikit demi sedikit, kacau rata.  Ketepikan dulu.

4.  Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas besar.

5.  Blend/kisar telur, esen vanilla dan susu pekat manis sehingga sebati.

6.  Tuangkan bahan blend/kisar ke dalam bekas berisi tepung tadi.  Kacau rata.

7.  Tuangkan air gula hangus ke dalam adunan tepung (panas-panas pun boleh), kacau rata.

8.  Sediakan loyang 7x7x3 inci, sapu dengan mentega.  Letakkan penapis di atas loyang.  Tuang dan tapiskan adunan tadi.  (boleh juga dialas loyang).  (Saya guna loyang 8 inci bulat, sapu dengan mentega dan taburkan sedikit tepung pada keseluruhan loyang untuk memudahkan kek keluar dari loyang).

9.  Panaskan dahulu oven pada suhu 170'C api bawah sahaja.  Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan.  Bakar sekitar 45 minit sehingga masak sepenuhnya.

10.  Selepas 45 minit, jika kek sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.  Potong kek melintang urat untuk mendapat sarang yang cantik...

No comments:

Post a Comment