Thursday, August 31, 2017
MASAK LEMAK KUNING LABU...
MASAK LEMAK KUNING LABU
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
500 gm labu kuning ~ dikupas kulit & dipotong kiub kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar udang kering atau ikan bilis
Garam secukup rasa
Daun kunyit ~ dicarik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai ~ dititik
Sedikit lada hitam ~ ditumbuk kasar
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebus sehingga labu lembut.
2. Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.
3. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasanya dan apabila sudah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment