CRISPY WAFFLES
rujukan : K.Nor@Secubitgaram...
Bahan-Bahan :
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega yang dicairkan (125 gm)
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi sehingga sebati.
Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown@keemasan).
Hidangkan panas bersama jem pilihan/madu atau ikut citarasa masing-masing...
No comments:
Post a Comment