Thursday, August 3, 2017
SAMBAL GORENG IKAN BILIS...
SAMBAL GORENG IKAN BILIS
DAN KENTANG
Bahan-Bahan :
1 biji ubi kentang saiz sederhana ~ kupas kulit, potong wedges atau ikut citarasa & goreng hingga garing
1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
1 sudu besar jus limau atau cuka masakan
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering ~ rebus hingga lembut
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Ubi kentang dipotong wedges atau ikut citarasa dan digoreng garing dan lembut.
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan jus limau ataupun cuka, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya, kacau sebati.
4. Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis dan kentang.
5. Gaul rata dan angkat. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment