CUCUR KEMBUNG VIRAL
rujukan : FB@Resepi Memikat Suami
Pemilik Resipi : Yati Rahim...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas (betul-betul panas ~ masak di atas dapur)
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara :
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk bersesuaian, gaul sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati, biarkan sedikit sejuk.
3. Bila adunan sudah sejuk sedikit, ambil sedikit adunan dan bulatkan ikut saiz pilihan. (saya menggunakan ice cream scoop untuk saiz yang sama).
** ok masa ini adunan akan melekat dekat tangan so nak bagi doh tu licin, calit sedikit air dekat hujung jari supaya doh tidak melekat di tangan. Susun di atas tray/pinggan.
4. Panaskan minyak, menggunakan kaedah minyak penuh.
5. Bila minyak sudah panas, perlahankan api sedikit.
6. Gorengkan bebola cucur tadi sambil di kacau-kacau agar sekata warna cucur sehingga keperangan.
No comments:
Post a Comment