KEK PISANG

Saturday, August 19, 2017

PANCAKE MAYONIS...









PANCAKE MAYONIS
rujukan :    linapg.blogspot.my; (sedap & gebus)...



Bahan-Bahan :

3  sudu besar  mentega  ~  cairkan & sejukkan
1  biji  telur gred A
1 1/2  cawan  tepung naik sendiri
1  sudu teh  baking powder
3  sudu besar  gula kastor
2  sudu besar  susu pekat manis
1  cawan  susu segar atau susu cair
1  sudu besar  mayonis
secubit garam


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga sebati.

2.  Biarkan adunan selama 10 minit.

3.  Tuangkan sesenduk adunan di dalam kuali non-stick yang telah dipanaskan.

4.  Terbalikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tunggu hingga permukaan tidak cair baru diterbalikkan).

5.  Biarkan seketika, bolehlah diangkat.  Hidangkan panas-panas.  Pancake gebu ini enak dimakan begitu sahaja.  Sudah cukup lemak manisnya.


TIPS :  Guna api kecil sahaja supaya pancake masak sempurna dan tidak cepat hangus...

No comments:

Post a Comment