MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
rujukan : buatoranglapo.com; (15 pcs)
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
Bahan B :
200 gm pisang masak ranum (lebih kurang 3-4 biji)
1/2 sudu teh garam
2 biji telur gred A/B
1 1/3 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
1/2 cawan coklat chip
Badam untuk hiasan (tak letak)
Cara-Cara :
1. Campurkan kesemua bahan A dan ayak. Ketepikan.
2. Lecek pisang hingga hancur dan letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi.
4. Setelah adunan kembang, masukkan pisang lecek dan kacau sebati.
5. Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
6. Kemudian masukkan susu segar, kaup balik hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan coklat chip, gaul rata. (Jangan terlebih gaul).
8. Sudukan adunan tadi ke dalam cawan kertas (jangan terlalu penuh). Taburkan badam sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.
NOTA : Jika menggunakan gula putih@gula kastor, kurangkan sukatan gula kepada 3/4@1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih.
Jika ingin menggunakan pisang emas (anggaran 8-9 biji bergantung pada saiz pisang emas)..
No comments:
Post a Comment