Monday, August 21, 2017
SUP DAGING ALA MAMAK...
SUP DAGING ALA MAMAK
rujukan : anissdairy.blogspot.my
Bahan-Bahan :
500 gm daging ~ hiris nipis
3 biji bawang sederhana besar ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 1/2 inci halia ~ kisar
2 batang serai ~ kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 paket kecil rempah sup Adabi
1/2 paket kecil rempah kurma Faiza
2 biji kentang ~ potong ikut suka
1 batang lobak merah ~ potong ikut suka
2 biji tomato ~ potong ikut suka
Garam & serbuk perasa Knorr secukupnya
Air secukupnya
Hirisan daun sup & bawang goreng secukupnya
Minyak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga berbau harum.
2. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan tambahkan air secukupnya.
3. Campurkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air dan jadikan pes. Ketepikan.
4. Bila kuah sudah mendidih, masukkan pes rempah tadi dan kacau mesra. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan lobak merah - jika kedua-dua bahan ini dimasak sehabis lembut lagi sedap rasa kuah sup itu.
6. Rasakan dengan garam dan serbuk perasa Knorr. Kacau mesra dan sebati.
7. Masukkan potongan tomato, bila kuah mendidih semula, tutup api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahh nk cuba la
ReplyDelete