CREAM PUFF WITH
CUSTARD CREAM FILLING
rujukan : Ilham Dapur
Bahan-Bahan :
95 gm tepung gandum berkualiti
2 1/4 sudu teh baking powder (saya guna 1 1/2 sudu teh)
2 biji telur, suhu bilik (saya guna gred A)
75 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh gula
188 ml air
1/2 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam ~ abaikan jika guna mentega biasa
Cara-Cara :
1. Sebatikan tepung gandum, baking powder dan garam.
2. Di dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak sehingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan mengacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozle besar bentuk bintang di dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paipkan pusing 2 kali di atas loyang yang telah di alas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit dengan suhu 200'C selama 20-25 minit atau sehingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting/belah di tengahnya, bolehlah diisi dengan filling custard cream.
Bahan Custard Cream :
200 ml Non-Dairy Whipping Cream ~ yang dah manis tu
1 cawan susu segar *
3 sudu besar tepung kastad *
3 sudu besar gula *
Cara-Cara :
1. Sebatikan semua bahan bertanda (*) di dalam periuk, kemudian masak di atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Di dalam bekas yang kering, putar whipping cream + secubit garam + sedikit esen vanilla sehingga kental. Kemudian masukkan adunan kastad yang sudah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan sedia untuk digunakan...
No comments:
Post a Comment