POPIA GORENG
Bahan-Bahan :
1 peket kulit popia
Bahan Inti :
1 batang lobak merah ~ buang kulit & disagat
1 biji sengkuang ~ buang kulit & disagat
1 1/2 cawan tauge
4 ulas bawang putih ~ dicincang
1 biji bawang besar ~ dicincang
1 biji cili merah ~ dicincang
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan udang kering ~ rendam hingga lembut & cincang
Minyak secukupnya untuk menumis
Cara-Cara :
1. Panaskan 3 sudu besar minyak.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu dan berbau wangi.
3. Masukkan lobak merah dan udang kering. Masukkan garam dan gula.
4. Masukkan sengkuang, tauge dan cili merah. Kacau rata.
5. Angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk. Tapis jika bahan inti berair.
6. Ambil sekeping kulit popia letakkan intinya. Lipat dan gulung. Ulang sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng sehingga warnanya sedikit kuning.
8. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili atau sos tomato.
NOTA :
1. Bahan inti boleh diperbagaikan mengikut apa yang ada didapur.
2. Dihujung kulit popia sapukan sedikit air sebagai gam dan gulung hingga kemas (agar tidak terbuka ketika menggoreng)...
No comments:
Post a Comment