PUDING LAPIS JELLY
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 cawan susu cair (yatie guna 1 tin susu cair dalam 400 ml)
1 cawan jagung krim
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 kotak instant jelly perisa raspberry/strawberry/limau
Fruit cocktail secukupnya ~ toskan airnya
Cara-Cara :
1. Masak 6 bahan pertama sehingga mendidih dan pekat. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang disukai.
2. Masak instant jelly mengikut arahan pada kotak dan tuangkan ke atas lapisan puding.
3. Hiaskan dengan fruit cocktail. Sejukkan.
NOTA : Yatie guna bahan dibawah untuk adunan puding dan tidak letak jagung krim sebab tidak berapa suka bila makan bersama jelly. Terpulang pada selera masing-masing...
ATAU :
Bahan Untuk Puding :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
Cara-Cara :
1. Satukan tepung kastad bersama gula, susu cair dan air. Kacau semuanya sehingga sebati.
2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan sentiasa dikacau. Biasanya dalam anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau loyang.
3. Biarkan sejuk sebentar dan tuangkan adunan jelly di atas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yang telah ditoskan tadi.
No comments:
Post a Comment