KEK PISANG

Thursday, September 14, 2017

PUDING KARAMEL...









PUDING KARAMEL
rujukan :    hanamemories...



Bahan Puding :

5  biji  telur gred B  (jika gred A, guna 4 biji)
1  tin  susu cair  (400 ml)
150  ml  air biasa
4  sudu besar  gula
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Karamel :

5  sudu besar  gula
2  sudu besar  air


Cara-Cara :

1.  Sediakan karamel@gula hangus  ~  masukkan gula dan air ke dalam kuali/periuk.  Hanguskan sehingga keperangan kemudian tuangkan terus ke dalam loyang.  (saya guna loyang saiz 8 inci bulat, jika nak tinggi, guna loyang saiz 7 inci).  Sejukkan dan ketepikan.

2.  Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan puding.  Kacau perlahan jangan sampai berbuih.  Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati saja.  Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
3.  Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.  (Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dengan cara 'water bath'@'bain-marie' iaitu letakkan air di dalam loyang).  Tutupkan loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50 minit dengan suhu 180'C.

4.  Sejukkan sepenuhnya kemudian terbalikkan ke dalam pinggan yang sesuai.  Potong dan hidangkan.  Enak juga dinikmati bersama buah-buahan dalam tin atau ais krim vanilla...

No comments:

Post a Comment