Sunday, September 17, 2017
SUP TULANG LEMBU...
SUP TULANG LEMBU YANG
MUDAH TAPI SEDAP
Bahan-Bahan :
Tulang lembu secukupnya (saya guna tulang lembu dari lembu korban)
2 biji ubi kentang ~ kupas kulit & dipotong ikut suka
1 batang lobak merah ~ dibuang kulit & potong kiub
1 helai daun bay kering
1 bunjut sup
1 kiub pati daging (jika suka)
Garam secukupnya
Daun sup secukupnya ~ hiris kasar
Bawang goreng secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris
Cara Memasak :
1. Rebus tulang lembu bersama air secukupnya di dalam periuk sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan ubi kentang dan lobak merah. Rebus lagi sehingga lembut.
3. Masukkan juga daun day kering dan sup bunjut. Biarkan mendidih dan sebati.
4. Masukkan garam secukup rasa dan kiub pati daging (jika guna). Kacau sebati.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga bawang wangi dan keperangan.
6. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk sup tadi. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
7. Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan daun sup.
8. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment