Wednesday, September 6, 2017
DAGING KICAP...
DAGING KICAP
rujukan : Majalah RASA Mei 2016
Saiz Hidangan : 2-3 orang
Bahan-Bahan :
300 gm daging (direbus terlebih dahulu sehingga empuk jika menggunakan daging korban)
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1cm halia ~ dihiris nipis
5 biji cili padi ~ dihiris kasar
1 biji lada merah ~ dihiris serong
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji ubi kentang ~ dipotong & goreng
1 biji bawang besar ~ dihiris
Sedikit garam & gula
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk@lembut.
3. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
4. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada merah. Kacau sebati.
6. Sesuaikan rasanya, tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment