KUIH KETAYAP a.k.a
KUIH DADAR BERCORAK
rujukan : zulfadreamland...
Bahan-Bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air (saya guna 1/2 air & 1/2 lagi susu segar)
1 biji telur (saya guna gred A)
Garam secukup rasa
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam pengisar dan adun sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna pilihan pada satu bahagian. Kacau rata.
2. Isi 1 adunan bahagian yang berwarna ke dalam botol sos. Boleh juga guna botol bermuncung 1, 2 atau 3 lubang.
3. Panaskan non-stick pan. Oleh dengan sedikit minyak menggunakan api kecil. Picitkan adunan berwarna mengikut corak yang disukai. Biarkan seketika sehingga adunan masak.
4. Kemudian tuangkan sesenduk adunan putih dan layangkan pan supaya adunan rata.
5. Biarkan adunan masak setelah bahagian tepi kelihatan kering, bolehlah diangkat.
6. Ambil sesudu inti. Letakkan dihujung lempeng dan gulung dengan kemas. Buat sehingga kesemua adunan habis...
Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut putih
1 1/2 ketul gula Melaka ~ dicincang
1 sudu makan gula pasir
130 ml air
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Cara-Cara :
1. Masukkan kelapa, gula Melaka, gula pasir, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga sebati dan gula Melaka larut. Ketepikan.
No comments:
Post a Comment