ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
Bahan-Bahan :
10 keping roti putih
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10 keping slice cheese 'Cheddar'
1 biji telur ~ dipukul sedikit
Breadcrumbs@serbuk roti secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
Gelekkan roti sehingga leper/nipis (buang kulit tepi jika suka).
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 batang sosej.
Sapukan hujung roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan).
Gulung dengan kemas. Buat sehingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapukan keseluruhan roti dengan telur yang sudah dipukul sedikit tadi (atau boleh juga dicelupkan ke dalam telur yang sudah dipukul tadi).
Golek-golekkan ke dalam breadcrumbs@serbuk roti dan goreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan sehingga keperangan@golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran seperti sos cili, sos tomato dan mayonis...
No comments:
Post a Comment