KEK PISANG

Thursday, September 21, 2017

KACANG BUNCIS GORENG TELUR PECAH...








KACANG BUNCIS GORENG TELUR PECAH




Bahan-Bahan :

1  paket  kacang buncis
2  biji  telur
3  biji  bawang merah  ~  dihiris
1  ulas  bawang putih  ~  dihiris
1  tangkai  cili merah  ~  dihiris menyerong
1  keping  tauhu  ~  dipotong ikut suka & goreng sehingga masak
Segenggam ikan bilis  ~  dicuci bersih & toskan
Sedikit sos tiram
Garam & gula secukupnya
Sedikit air, jika perlu
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Potong kacang buncis secara menyerong, cuci bersih & toskan.  Ketepikan.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.

3.  Selepas itu pecahkan telur ke dalamnya, hancurkan dan gaul-gaulkan bersama bahan tumisan tadi.

4.  Masukkan kacang buncis, sedikit sos tiram, garam dan gula secukup rasa.  Kacau-kacau lagi sehingga kacang buncis masak seketika.  Masukkan sedikit air, jika perlu.

5.  Akhir sekali masukkan tauhu yang sudah digoreng dan hirisan cili merah, kacau sebati.

6.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment