PUDING ROTI PISANG BERKEJU/
CHEESE BANANA BREAD PUDDING
rujukan : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
8 keping roti wholemeal/sandwich
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur gred A/B
2 sudu besar mentega ~ dicairkan
3 sudu besar kismis (rendam dengan 2 sudu besar jus lemon)
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 biji pisang berangan (potong 1/2 inci menyerong)
30 gm keju cheddar ~ disagat
Peralatan :
Mangkuk tahan panas/
Loyang 8 inci ~ gris dengan mentega/
Ramekin 4 biji ~ gris dengan mentega
Cara-Cara :
1. Satukan susu segar, gula kastor dan telur, kocok ringan sehingga rata. Ketepikan.
2. Carik roti kecil-kecil/potong kiub kecil dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. Ratakan.
3. Tuangkan mentega cair ke atas roti dan taburkan kismis bersama jus lemon dan parutan kulit lemon.
4. Kemudian taburkan dengan potongan pisang di atasnya.
5. Akhir sekali tuangkan bancuhan telur dan tekankan sedikit supaya roti terendam. Biarkan seketika sehingga roti meresap bancuhan telur.
6. Taburkan dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30-35 minit pada suhu 180'C atau sehingga masak. (Tutup dengan foil dan teruskan membakar jika keju sudah kelihatan keperangan)...
Bahan Sos Kastad Lemon :
1 cawan susu segar
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan sos kastad di dalam periuk dan whisk sehingga rata. Masak dengan api sederhana sehingga hampir pekat. Tuangkan ke atas puding. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment