KEK PISANG

Sunday, September 3, 2017

PUFF PASTRY BERINTI KENTANG...

 Inti kentang






PUFF PASTRY BERINTI KENTANG
rujukan :    tiffinbiru@CMG...



Bahan-Bahan :

10  keping  Puff Pastry (jenama KAWAN) bersaiz 4 inci x 4 inci
1  biji  telur  ~  dipukul sedikit  (untuk sapuan atas puff pastry)
Bijan secukupnya untuk hiasan


Bahan Inti :

3  biji  ubi kentang saiz sederhana
1/2  batang  lobak merah  (saya tambah)
2  biji  telur
1  biji  bawang besar  ~  dicincang
2  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  pokok  daun bawang  ~  dihiris halus
1  kiub  pati ayam  ~  dihancurkan
1  sudu besar penuh  rempah kari daging BABAS
1  sudu kecil  gula
1/4  sudu teh  serbuk lada hitam  (optional)
1/2  cawan  air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti :  Ubi kentang dan lobak merah dikupas, cuci bersih dan dipotong kecil-kecil dadu (seperti membuat inti karipap).  Kemudian rebus kentang dan lobak merah tadi sehingga empuk, toskan.  Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali.  Tuangkan telur dan kacau sehingga hancur, angkat dan ketepikan.

2.  Di dalam kuali yang sama, masukkan 3 sudu besar minyak.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan rempah kari dan kacau rata.  Tuangkan air dan masak sehingga mendidih.  Masukkan ubi kentang, lobak merah, telur hancur dan kiub pati ayam.  Gaul rata dan masukkan gula.  Kacau dan masak sehingga kering.

3.  Masukkan sedikit garam (rasa dulu sebab kiub pati ayam dah ada garam) dan serbuk lada hitam (jika guna), kacau dan akhir sekali tambahkan hirisan daun bawang.  Gaul rata dan masak sekejap.  Sesuaikan rasa dan matikan api.  Biarkan inti sejuk sepenuhnya.

4.  Untuk Puff Pastry Inti Kentang :  Panaskan oven pada suhu 180'C-200'C.  Sediakan dulang pembakar.  Ambil sekeping puff pastry.  Cedok 1 sudu besar inti dan letakkan pada 1/2 bahagian puff pastry.  Sapukan keliling puff pastry dengan telur kemudian lipat dua puff pastry.  Tekan-tekan sedikit tepinya agar melekat (tidak perlu tekan dengan garfu seperti selalu, tetapi saya tekan dengan garfu seperti biasa).  Alihkan di atas dulang pembakar.  Buat kaedah sama untuk baki puff pastry dan inti sehingga siap.

5.  Cucuk permukaan puff pastry tadi dengan garfu kemudian sapukan dengan telur dan taburkan sedikit bijan.  Bakar di dalam oven selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.  (Jika oven anda ada 'kipas' anda boleh "ON" kan).  Sejukkan puff pastry di atas redai sebelum dihidangkan...


 sebelum dibakar
selepas dibakar

No comments:

Post a Comment