Tuesday, September 19, 2017
KAILAN IKAN MASIN...
RESIPI KAILAN IKAN MASIN
rujukan : iresipi.com...
Hidangan untuk : 3 orang
Bahan-Bahan :
1 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih ~ kupas kulit & ketuk
4 biji cili padi ~ ketuk
1 keping kecil isi ikan msin ~ potong kecil (sebaiknya ikan tenggiri, saya guna hirisan ikan molong)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras.
2. Potong daun kailan sepanjang 1 inci, manakala batang sayur pula dihiris nipis.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi berserta isi ikan masin. Kacau-kacau seketika.
4. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
5. Tuangkan sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment