KEK PISANG

Monday, September 4, 2017

SERIMUKA PANDAN ACUAN BIRU...











SERIMUKA PANDAN ACUAN BIRU
rujukan :    FB@Noy Yullan...




Bahan Lapisan Pulut :

1  cawan  beras pulut susu  (rendam selama 4 jam)
1  cawan  santan
1  sudu kecil  garam


Bahan Lapisan Hijau :

7  helai  daun pandan  (gunting pendek)
3  cawan  santan
1 1/2  cawan  gula kastor  (kurangkan jika tidak suka manis)
3  biji  telur gred A/B  (saya guna gred B)
1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  tepung kastad/hoen kwee
1  sudu besar  tepung jagung
1  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  pewarna hijau


Cara-Cara :

1.  Bersihkan beras pulut kemudian rendamkan selama 4 jam supaya lembut dan tekstur lapisan pulut nanti lebih padat.  Selepas 4 jam, toskan airnya.

2.  Sapu minyak pada keseluruhan bahagian dalam acuan biru bersaiz 8 inci/9 inci.  Letakkan beras pulut.  Ratakan.

3.  Campurkan santan dan garam, gaul rata.  Rasa dulu.  Jika suka lebih masin, boleh tambah garam mengikut citarasa.  Tuangkan ke dalam acuan biru berisi beras pulut tadi.

4.  Kukus sehingga masak (sekitar 20 minit atau sehingga masak).

5.  Sementara menunggu pulut masak, sediakan adunan lapisan hijau.  Blend daun pandan, santan, gula dan telur.  Tapiskan ke dalam kuali.  (Jangan dihidupkan api dulu).  Masukkan garam, tepung gandum, tepung kastad/hoen kwee, tepung jagung dan pewarna hijau.  (Blend sekali).

6.Kemudian hidupkan api sederha besar.  Kacau semua bahan sehingga pekat/likat (bersalut pada belakang senduk anggaran 3-5 minit).

7.  Keluarkan acuan serimuka daripada pengukus.  Padatkan pulut dan ratakan bahagian tepinya.  Tuangkan adunan hijau tadi.  Sapu minyak pada satu bahagian plastik.  Tutup permukaan acuan (yang ada minyak tadi menghadap adunan).  Kukus sehingga masak (anggaran 45 minit).

8.  Biarkan serimuka sejuk sepenuhnya di dalam acuan baru dikeluarkan.  Potong dengan pisau plastik.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment