KEK PISANG

Tuesday, September 5, 2017

NASI AYAM PLANTA...








NASI AYAM PLANTA
rujukan :    Pn Hajah Sabariah ~ Buku Resipi Planta)



Bahan Ayam :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 10
3  sudu besar  kicap pekat
1  senduk kecil  kicap manis
1/2  senduk kecil  gula
1  kiub pati ayam
3  sudu kecil  minyak bijan
3  biji  bawang putih  ~  dikisar
5  inci  halia  ~  dikisar


Cara Memasak :

      Rebus ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih sehingga empuk.  Air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk menanak nasi.  Campurkan semua bahan-bahan di atas.  Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi.  Perap sekejap.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam tadi.


Bahan Nasi :

4  cawan  beras  ~  cuci bersih & toskan
Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi  (anggaran 5 cawan)
1  senduk kecil  Planta
5  ulas  bawang putih  ~  kisar
1  inci  halia  ~  kisar
2  batang  serai  ~  ketuk/titik
1  kuntum  bunga lawang
3  biji  buah pelaga
5  kuntum  bunga cengkih
Garam secukup rasa
Sedikit pewana kuning  (optional)


Cara Memasak :

    Masukkan Planta ke dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan-bahan untuk menanak nasi.  Masukkan air rebusan ayam dan beras.  Tanak nasi sehinnga masak.  Bila nasi hampir kering, titiskan dengan sedikit pewana kuning, jika guna dan teruskan memasak nasi sehingga kering.  (saya menggunakan periuk nasi letrik).


Bahan Sos Cili :

3  ulas  bawang putih  ~  kisar
1  inci  halia  ~  kisar
6  biji  cili merah  ~  kisar
2  senduk kecil  sos cili
1  senduk kecil  sos tomato
3  sudu besar Planta
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

     Campurkan semua bahan untuk membuat sos di dalam periuk.  Masak di atas api sederhana dan kacau.  Bila sudah 3/4 masak, masukkan 3 sudu besar Planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Bahan Sos Kicap :

1  sudu besar  Planta
2  ulas  bawang putih  ~  kisar
1  inci  halia  ~  kisar
1  senduk kecil  kicap manis
3  biji  cili padi  ~  dihiris


Cara Penyediaan :

     Tumiskan semua bahan sos kicap dengan Planta.  Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.







JUS LIMAU KASTURI
rujukan :    Majalah RASA Disember 2014...
Saiz Hidangan :    2 orang



Bahan-Bahan :

3  biji  limau kasturi
10  ketul  ketulan ais
1  gelas  air sejuk
15  gm  gula


Cara Penyediaan :

1.  Potong limau kasturi kepada dua bahagian dan perahkan jus ke dalam gelas.  Elakkan dari mengambil bijinya.
2.  Tambahkan air sejuk dan gula.  Kacau sehingga gula menjadi larut.
3.  Masukkan pula ketulan ais.  Sebagai hiasan, masukkan dua@2 biji asam boi untuk menambahkan rasa.


3 comments: