Sunday, September 3, 2017
SUP DAGING...
SUP DAGING MENGGUNAKAN
DAGING KORBAN
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
Daging (anggaran 500 gm ~ dihiris nipis, cuci bersih & toskan)
2 biji ubi kentang ~ potong kecil
1 batang lobak merah ~ potong kecil
Daun sup secukupnya ~ dihiris kasar
Bawang goreng
Limau kasturi
Garam secukupnya
Bahan Penumis :
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * ditumbuk kasar )
1 sup bunjut
Kulit kayu manis ~ 1 batang
Bunga lawang ~ 2 kuntum
Cara Memasak :
1. Rebus daging menggunakan pressure cooker sehingga empuk. (Saya rebus dalam periuk jer).
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan semua bahan tumis kecuali sup bunjut sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah dan sup bunjut. Masak sehingga ubi kentang dan lobak merah lembut.
3. Setelah daging empuk, tuangkan bahan yang ditumis ke dalam daging yang direbus. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya.
4. Sebelum dihidangkan, taburkan bawang goreng, daun sup serta sedikit air limau kasturi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment