KEK PISANG

Monday, September 25, 2017

SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM...










SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM
rujukan :    Majalah RASA.com.my



Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
3  sudu besar  cili kisar
1  sudu besar  pes tomyam
4  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
2  cm  halia *  ( * dikisar halus)
1  batang  serai  ~  dititik
1  biji  bawang besar  ~  dibelah empat/dihiris kasar
1  biji  tomato  ~  dipotong ikut suka  (tambahan)
1/2  biji  lada benggala hijau  ~  dihiris memanjang  (tambahan)
5  helai  daun limau purut  (tambahan)
Garam, lada sulah & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah.  Goreng sehingga masak.  Ketepikan.

2.  Di dalam kuali, panaskan 2 sudu makan minyak masak lalu tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.

3.  Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumiskan lagi sehingga pecah minyak.

4.  Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.  Didihkan seminit.

5.  Masukkan bawang besar, lada benggala hijau, tomato, daun limau purut dan ayam yang digoreng tadi.  Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.

6.  Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi putih...

NOTA :  Boleh dimasukkan cili padi jika mahu lebih pedas...

1 comment: