CUCUR PISANG GEBU
Bahan-Bahan :
8 biji pisang emas saiz sederhana
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu besar gula perang ATAU 1/2 sudu besar gula kastor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Kupas kulit pisang, kemudian lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate sehingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati. Rehatkan 30 minit.
2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sebab ianya akan mengembang.
3. Goreng sehingga kuning keemasan pada keseluruhan cucur. Angkat dan toskan. Letakkan di atas paper towel dan biarkan minyak menyerapkan. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment