KEK PISANG

Monday, September 4, 2017

KEK CIFFON LEMON...










KEK CIFFON LEMON
rujukan :    Majalah SAJI Jun 2016
Kredit Resipi :    Zila4ever...



Bahan A :

4  biji  telur gred A
45  ml  minyak jagung
45  ml  air


Bahan B :

75  gm  tepung naik sendiri
Kulit lemon dari sebiji lemon


Bahan C :

4  biji  putih telur gred A
76  gm  gula kastor  ~  dibahagikan 2 bahagian
1/2  sudu teh  krim tartar


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'C.

2.  Satukan bahan A, masukkan bahan B dan adun sehingga sebati, biarkan seketika.

3.  Di dalam mangkuk lain campurkan putih telur, krim tartar dan satu bahagian gula kastor daripada bahan C dan pukul sehingga berbuih dan lembut.

4.  Masukkan satu lagi bahagian gula kastor dan terus pukul lagi sehingga kental.

5.  Kaupbalik adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dalam 3 peringkat, dan sebatikan secara perlahan-lahan.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang kek chiffon bersaiz 8 inci tanpa digris dan bakar di dalam oven selama 45 minit sehingga masak.

7.  Jika suka bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian ditambahkan 1 sudu besar pes coklat.  Tuangkan adunan secara selang-seli ke dalam loyang.

8.  Setelah kek masak, terbalikkan kek di atas redai kuih dan biarkan sejuk sepenuhnya barulah boleh dikeluarkan dari loyang...

No comments:

Post a Comment