KEK PISANG

Friday, September 15, 2017

TERINGIN!!!!!!










CHOCOLATE SWIRL PAVLOVA
resipi asal Strawberry Pavlova
rujukan :    Ilham Dapur...



Bahan-Bahan :

2  biji  putih telur gred A, suhu bilik
115  gm  gula kastor
1/2  sudu teh  jus lemon/cuka masakan
1/2  sudu teh  tepung jagung
Sedikit serbuk koko, diayak  (saya tambah)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 140'C dan sediakan loyang yang telah di alas baking paper.

2.  Di dalam mangkuk pengadun yang kering dan bersih, putar putih telur sehingga berbuih dahulu kemudian masukkan jus lemon/cuka masakan dan putar sehingga menjadi berkrim baru masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 4-5 kali masuk sambil diputar biar gula larut dahulu selepas setiap kali masuk, putar sehingga kental, masukkan tepung jagung dan putar lagi sehingga bertanduk, maksudnya bila di angkat mixer; putih telur tidak jatuh, boleh berdiri macam tanduk.  (Cara saya, masukkan sedikit serbuk koko, kaup balik tidak sekata, sekejap saja untuk mendapatkan corak marble/swirl saja).

3.  Kemudian tuangkan adunan di atas loyang, ratakan bentuk bulat kecil bersaiz 5 inci sebanyak 2 biji ketinggian dalam 1 inci, jarakkan sebab bila masak ia mengembang.  (Lukis di atas kertas baking kemudian terbalikkan, yang dilukis letakkan dibawah).

4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30-35 minit (bergantung pada oven masing-masing), bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven dahulu selama 10-15 minit kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

5.  Hiaslah pavlova mengikut citarasa masing-masing.  (Saya buat 2 tingkat,  tingkat pertama saya sapu cream dan letak blueberry filling kemudian letak sekeping lagi, letak cream dan blueberry  filling dan akhir sekali hias dengan meringue cookies)...


Bahan Lapisan Krim :

100  ml  Non-Dairy Whipping Cream (yang dah manis)
1/2  sudu teh  esen vanilla
Secubit garam
Strawberry segar secukupnya (saya guna Blueberry filling yang ada buah)


Cara-Cara :

Putar whipping cream dengan esen vanilla dan secubit garam sehingga kental, ratakan atas pavlova secukupnya dan letak buah strawberry/blueberry filling...

No comments:

Post a Comment