Tuesday, September 19, 2017
TELUR REBUS MASAK SOS...
TELUR REBUS MASAK SOS
rujukan : resipi.mesra.net
Bahan-Bahan :
5 biji telur ~ rebus, kupas kulit & belah dua
3 ulas bawang merah ~ dicincang
1 ulas bawang putih ~ dicincang
1/4 biji lada benggala hijau ~ dihiris memanjang
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar/sos cili thai Mae Pranom (saya guna cili kisar)
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang ~ agak-agak je)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
200 ml air
1 sudu kecil tepung jagung (optional)
1 biji bawang besar ~ dipotong/dihiris kasar
Cara Memasak :
Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali dan tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan cili kisar sampai terbit bau. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau selama 1 minit. Masukkan lada benggala, bawang besar dan kacau lagi sehingga kuah agak pekat dan lada benggala dan bawang sedikit layu. (Kalau tak pekat, boleh tambahkan dengan tepung jagung, jika suka). Akhir sekali masukkan tomato, kacaukan seketika sehingga sedikit layu. Tutup api. Kemudian susunkan telur yang dbelah tadi di dalam pinggan. Tuangkan kuah sos tadi di atasnya. Hidangkan dengan nasi panas...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment