ROTI JALA
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air/susu segar/santan cair (saya guna susu segar)
1 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak masak
Pewarna kuning secukupnya
Cara-Cara :
1. Di dalam blender, blend kesemua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul-ketul yang boleh membuatkan acuan tersumbat. (Tapiskan jika perlu).
2. Panaskan kuali dan lenserkan kuali dengan sedikit minyak. (Saya menggunakan kuali non-stick).
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan/botol roti jala dan tebarkan/kiraikan di atas kuali tadi.
4. Biarkan seminit sehingga roti jala masak menggunakan api sederhana. Angkat dan lipat/gulung ikut suka. Buat sehingga habis adunan tadi.
5. Hidangkan dengan pencicah pilihan..(kari pilihan/sambal pilihan)...
I appreciate this blog to share knowledge about this important topic. Here I found different segments and now I am going to use these new tips with new enthusiasm.
ReplyDeleteDell PowerEdge T630