KEK PISANG

Wednesday, January 30, 2019

KARIPAP KENTANG AYAM...









KARIPAP KENTANG AYAM
MENGGUNAKAN PUFF PASTRY
sumber :    buat orang lapo.com...




Bahan-Bahan :

Puff Pastry Segera  (saya guna kulit popiah)


Bahan Untuk Inti :

2  biji  kentang  ~  didadu
Segenggam ayam  ~  dipotong kecil
1  biji  bawang besar  ~  didadu
3  ulas  bawang putih  ~  didadu/cincang
2  sudu besar  serbuk kari  ~  bancuh dengan sedikit air
Sedikit garam & gula
Serbuk cili  ~  (optional) ,  jika nak pedas, boleh bancuh sekali dengan serbuk kari
Daun sup/daun bawang  ~  jika suka


Bahan Sapuan :

1  biji  telur
1  sudu besar  susu segar

*  Campurkan bahan ini dan pukul sedikit.


Cara-Cara :

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.  (kalau ada daun kari boleh tumis sekali).

2.  Masukkan serbuk kari.  Kacau sehingga naik minyak.

3.  Masukkan ayam.  Kacau sehingga ayam setengah masak.

4.  Masukkan kentang.  Tambahkan air secukupnya.

5.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

6.  Kacau dan biarkan sehingga kentang lembut dan airnya kering.  Angkat dan ketepikan.

7.  Potong puff pastry kepada 4 bahagian.

8.  Letakkan inti kentang separuh bahagian puff.  Lipatkan puff bentuk segi tiga.

9.  Rapatkan keliling puff supaya inti tidak terkeluar semasa membakar.  Boleh guna garfu.

10.  Sapukan telur di atas puff supaya puff nampak cantik kekuningan setelah dibakar.

11.  Letakkan puff di atas dulang pembakar.  Sapukan mentega di atas dulang terlebih dahulu atau letakkan kertas pembakar.

12.  Bakar puff di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C selama 30 minit @ sehingga puff kekuningan.

Info :   Memandangkan saya menggunakan kulit popiah, jadi saya menggoreng sehingga kuning keemasan...

No comments:

Post a Comment