YOGURT BLUEBERRY MUFFIN
sumber : tiffinbiru@CMG...
hasil : 12 pieces
Bahan-Bahan :
260 gm tepung gandum *
100 gm gula kastor *
1 1/4 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonate *
1/4 sudu teh garam halus * (saya letak secubit jer)
1 biji telur gred A
240 ml plain yogurt (perisa asli)
80 ml minyak jagung (atau boleh ganti dengan mentega cair)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan blueberry segar
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190'C. Alas acuan muffin dengan papercup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan bertanda (*) di dalam satu mangkuk, gaul rata dengan whisk. Ketepikan.
3. Sementara itu di dalam bekas lain, masukkan telur, yogurt, minyak jagung (atau mentega cair) dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk sehingga semua sebati.
4. Tuangkan no. 3 tadi ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan kering. Masukkan blueberry dan gaul rata dengan spatula sehingga sebati. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan dan bakar 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan di atas jaringan dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment