KEK PISANG

Saturday, January 12, 2019

KUIH BAKAR PISANG...








KUIH BAKAR PISANG
sumber :    seripayaku...




Bahan-Bahan :

1  sisir  pisang masak  (saya guna 8 biji pisang berangan)
1  cawan  tepung gandum *
3/4  cawan  gula kastor *
1  cawan  santan *
1  cawan  susu sejat/susu cair *  (saya guna fresh milk)
1  biji  telur *  (saya guna gred A)
2  sudu besar  butter *


Cara-Cara :

1.  Blend semua bahan-bahan bertanda ( * ).

2.  Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang yang dilecek dan digaul rata.

3.  Masukkan ke dalam loyang saiz 7 x 7 inci yang telah dilenser dengan butter.  ( * saya panaskan sekejap loyang 2-3 minit selepas dilenser butter kemudian baru tuangkan adunan tadi).

4.  Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan kerak yang diingini.  (saya tambah 5 minit terakhir dengan api atas, nak bagi kera-kerak kat atas permukaan kuih).

5.  Sejukkan, barulah dipotong dan hidangkan...





No comments:

Post a Comment