KEK PISANG

Tuesday, January 29, 2019

MUFFIN PISANG COKLAT CIP...









MUFFIN PISANG COKLAT CIP
sumber :    tiffinbiru@CMG
hasil :    13 biji




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonat *  ( * digaul rata & ayak )
5  biji  pisang emas  ~  dilecek hancur
1/2  cawan  gula perang@soft brown sugar
1  biji  telur gred A
1/3  cawan  susu segar
100  gm  mentega  ~  cairkan & sejukkan
Beberapa titis esen pisang atau esen vanilla
1/4  cawan  coklat cip
Badam keping/badam cincang untuk hiasan
Sedikit lagi coklat cip untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna papercup jenis keras.  Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu segar.  Kacau rata dengan whisk sehingga sebati dan gula larut.

2.  Tambahkan pisang lecek dan mentega cair.  Kacau sehingga semua rata.  Masukkan tepung dan gaul.  Tambahkan esen pisang atau esen vanilla.  Masukkan 1/4 coklat cip, gaul rata.  Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.  Taburkan dengan sedikit coklat cip dan badam keping/cincang.  Buat sehingga siap.

3.  Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau sehingga keemasan.  Bila masak, keluarkan dan biarkan sejuk di atas redai.  Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam.


2 comments: