KUIH KETAYAP BERINTI PEDAS
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan Kuih Ketayap :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur (saya guna gred A)
1 cawan + 3 sudu besar air
3 sudu besar mentega cair atau minyak masak
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Garam secukup rasa
Bahan Inti Pedas :
1/3 cawan daging ayam * ~ cincang halus
1 cm halia * ~ tumbuk lumat
2 ulas bawang putih * ~ tumbuk lumat ( * disatukan & perap seketika )
1 biji bawang besar ~ dadu halus
3 biji cili padi ~ cincang halus
1 pokok daun bawang ~ hiris halus
1/3 cawan mix vegetable (lobak merah, jagung, kacang pis)
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Cara-Cara :
1. Untuk Inti Pedas : Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga harum, masukkan cili padi dan rempah kari, kacau rata dan tuangkan air, masak sekejap dan masukkan daging ayam, kacau rata. Tambahkan mix vege, lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kering, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula dan hirisan daun bawang. Kacau rata, matikan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Untuk Kuih Ketayap : Bancuh semua bahan-bahan untuk buah kuih ketayap, kacau rata dan tapis. Rehatkan sekejap. Lenser sedikit minyak di dalam non-stick pan saiz 8 inci (saya guna saiz 10 inci), kemudian sendukkan bancuhan kuih ketayap ke dalamnya dan ratakan (anggaran 1/4 cawan adunan untuk sekeping kuih ketayap, bergantung pada saiz pan yang digunakan). Masak dengan api kecil hingga permukaan kuih ketayap kelihatan pucat. Angkat, tidak perlu diterbalikkan, masak pada satu bahagian sahaja. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.
3. Untuk Kuih Ketayap Inti Pedas : Ambil sekeping kuih ketayap tadi, letakkan di atas pinggan, isikan dengan 1 sudu besar inti pedas. Gulung kemas seperti kuih gulung biasa. Pastikan kemas supaya inti tidak terkeluar. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda, untuk sarapan atau minum petang.
No comments:
Post a Comment