KEK PISANG

Monday, January 21, 2019

SIAKAP KENGSOM YANG MUDAH & SANGAT SEDAP...








RESEPI SIAKAP KENGSOM
sumber :    Azie Kitchen...




1  ekor  ikan siakap  ~  dipotong ikut citarasa
1/2  biji  nanas  ~  dipotong ikut citarasa
1  ikat  kangkung  ~  cuci bersih & potong
2  batang  serai  ~  di ketuk
1  biji  limau nipis  ~  perah & ambil jusnya
Garam & gula secukupnya


Bahan Kisar :

2  tangkai  cili merah
8  tangkai  cili padi
1  biji  bawang besar saiz sederhana
6  ulas  bawang putih
1  inci  kunyit hidup
Sedikit belacan


Cara Memasak :

1.  Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk.  Masak sehingga mendidih.
2.  Masukkan nanas dan serai.  Masak sehingga mendidih seketika sebelum dimasukkan ikan.
3.  Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.  Tutup api dan masukkan sayur kangkung kerana mahu sayur kangkung yang masih rangup.
5.  Masukkan perahan jus limau nipis.  Kacau rata. 
6.  Sedia untuk dihidangkan.

NOTA :    Masakan Thailand ni, mesti ada rasa masam, manis dan pedas, barulah sedap.





No comments:

Post a Comment